Diploma Pengurusan

MQA/FA1588 | KPT : (R2/345/4/0040) 12/2021

Pengenalan

Program Diploma pengurusan ini direka khusus bagi mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan isu semasa yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan.Ia juga melengkapkan pelajar dengan kemahiran khusus yang dalam bidang pengurusan.

Selain itu ia juga memberi pendedahan menyeluruh dalam pelbagai aspek asas pengurusan organisasi termasuklah Pemasaran, Kewangan, Sistem pengurusan maklumat, Pengurusan modal insan, Perlaksanaan strategi.

Syarat Kemasukan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang – kurangnya 3 Kepujian dalam mana-mana subjek.

Tempoh Pengajian

3 tahun termasuk latihan Industri

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

Peluang Pekerjaan

Bidang kerjaya merangkumi sektor Sumber Manusia, Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan / Pentadbiran, Ekonomi / Kewangan, Pemasaran, Sektor Awam (kerajaan), Pembuatan, Keusahawanan, Peruncitan, Pengurusan Pejabat dan lain-lain.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Graduan boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Pemasaran, Perniagaan Kewangan, Pengurusan Pelaburan, Perbankan Islam atau Pengurusan Perniagaan. Selain itu, bidang yang boleh mohon seperti Pendidikan Pentadbiran Perniagaan Sumber Manusia, Perniagaan Antarabangsa dan Pengurusan Sumber Manusia.

Struktur Program

Semester 1

  • Asas Matematik
  • Asas Pengurusan
  • Pengenalan Kepada Perniagaan
  • Foundation English Skills
  • Bahasa Arab 1
  • Ko Kurikulum SUKAN
  • Kemahiran Quran 1
  • Pengajian Malaysia

Semester 2

  • General English Proficiency
  • Pengajian Islam
  • Matematik  Perniagaan
  • Bahasa Arab 2
  • Perakaunan
  • Kemahiran Komputer

Semester 3  

  • Perakaunan Pengurusan
  • Prinsip Ekonomi
  • Asas Pengurusan Kewangan
  • Business Communication
  • Statistik
  • Asas Pemasaran 

Semester 4

  • Kemahiran Quran 2
  • MPU U4
  • Pengurusan Pelaburan
  • Dakwah & Metodologi
  • Fiqh al-Ibadah
  • Gelagat Organisasi
  • Bussiness Writing

Semester 5

  • Perbankan Islam
  • Sistem Maklumat Berkomputer
  • Keusahawanan
  • Ekonomi Malaysia
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Undang-undang Perniagaan

Semester 6

  • Latihan Industri