Diploma Pelancongan Amalan Halal

MQA/FA1588

Pengenalan

Melalui program ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan asas serta kemahiran yang diperlukan dalam industri Pelancongan Mesra Muslim. Pelajar juga bakal mempunyai kemahiran dalam pengurusan seperti dalam bidang pemasaran , sumber manusia, kepimpinan dan kemahiran menggunakan komputer. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat pelancongan di dalam negara. Program ini merangkumi pelbagai kursus seperti penginapan, makanan, pelancongan ekstrim dan rekreasi, pengurusan acara, pengangkutan, tempat yang menarik, perkhidmatan pelancongan dan perniagaan berkaitan pelancongan.

Syarat Kemasukan

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara dengannya serta mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

Tempoh Pengajian

3 tahun termasuk latihan Industri

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia

Peluang Pekerjaan

Graduan boleh mencari peluang pekerjaan di dalam industri Pelancongan di Malaysia atau luar negara seperti dalam Pengurusan Hotel, Pengurusan Sumber Manusia , Pengurusan Jualan Dan Pemasaran, Pengurusan Acara Dan Pengurusan Kewangan.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Pemegang Diploma ini boleh meneruskan pengajian mereka di mana-mana universiti di dalam dan di luar negara dalam program Ijazah Pengurusan Pelancongan atau mana-mana program berkaitan dengan Pengurusan Hospitaliti.

Struktur Program

Semester 1

  • TASAWUR ISLAM
  • PRINCIPLE OF ECONOMICS
  • KO-KURIKULUM I
  • BAHASA ARAB I / MANDARIN
  • COMMUNICATION I
  • EXCELLENT SERVICE QUALITY
  • FUNDAMENTAL OF TOURISM STUDIES
  • PENGANTAR PELANCONGAN ISLAM

Semester 2

  • PRINCIPLE OF TOURISM MARKETING
  • FRONT OFFICE OPERATION
  • TOUR GUIDING PRINCIPLES
  • TOURISM COMMUNICATION
  • PENGAJIAN MALAYSIA
  • FIQH AL-SAFAR

Semester 3  

  • COMPUTER APPLICATION IN BUSINESS
  • BAHASA ARAB II / MANDARIN PELANCONGAN
  • KO – KURIKULUM II
  • TOURISM IN MALAYSIA
  • TRAVEL & TOUR OPERATIONS
  • TOURISM PROFESSIONAL DEVELOPMENT
  • RECREATIONAL TOURISM

Semester 4

  • VISITOR INTERPRETATION TECHNIQUES
  • EVENT MANAGEMENT
  • TOURISM GEOGRAPHY
  • HOSTING MUSLIM TRAVELLERS
  • TOURISM ENTREPRENEURSHIP DEVELOPMENT
  • TOURISM COMMUNICATION II
  • PENGANTAR PEMIKIRAN KRITIS & KREATIF

Semester 5

  • TOURISM LAW
  • COMMUNITY BASED TOURISM
  • ETIKA DAN MORAL DI MALAYSIA
  • TOURISM PROJECT
  • KHIDMAT SOSIAL
  • GLOBAL DISTRIBUTION SYSTEM

Semester 6

  • INDUSTRIAL TRAINING