Diploma Pengurusan Industri Halal

MQA/FA3527 | KPT : (R/345/4/0377) 07/2023

Pengenalan

Diploma Pengurusan Industri Halal memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal di industri yang berbeza di Malaysia terutama operasi perkhidmatan makanan dan pengurusan serta penyediaan perkhidmatan terbaik kepada tetamu.

Ia adalah disiplin pengajian yang memerlukan graduan untuk dapat menunjukkan pengetahuan, pemahaman dan kebolehan dalam menyediakan perkhidmatan halal yang cemerlang serta memastikan amalan halal dilaksanakan dalam keseluruhan gambaran industri halal di Malaysia. Pelajar akan dipersiapkan dengan asas yang kukuh Eksekutif Halal dalam pelbagai bidang di industri Halal.

Syarat Kemasukan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang – kurangnya 3 Kepujian dalam mana-mana subjek dan Lulus Matematik & Bahasa Arab

Tempoh Pengajian

3 tahun termasuk latihan Industri

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia & Bahasa Arab

Peluang Pekerjaan

Graduan boleh memilih kerjaya sebagai Pegawai Audit Halal, Eksekutif Halal, Usahawan Produk, Inspektor Kawalan Kualiti, Pegawai Penguatkuasa Halal, Pengurus Restoran &
Dapur Hotel, Pengurus Peruncitan Makanan, Pengurus Rumah Penyembelihan, Pemeriksa Halal, Penyelia Penyembelihan ,Pengurus Jaminan Kualiti dan Pengurus Pembungkusan atau bidang sektor makanan, farmaseutikal, kosmetik, logistik dan pendidikan.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Graduan boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Halal, Perkhidmatan Makanan, Pengurusan Perlancongan, Syariah, Pengajian Islam (Syariah), Pengurusan Teknologi, Pengurusan Teknologi – Pengeluaran dan Operasi.

Struktur Program

Semester 1

  • Tasawur Islam
  • Penghantar Halal & Haram Dalam Islam
  • Ko-kurikulum (Tilawah Al-Quran)
  • Bahasa Arab Perdagangan 1
  • Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
  • Business Communication 1

Semester 2

  • Usul Fiqh
  • Bahasa Arab Perdagangan 2
  • Fundamental of Halal Industry
  • Halal Law & Regulations
  • Pengajian Islam
  • Fiqh Al-Tathir
  • Pengajian Malaysia

Semester 3  

  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Business Communication 2
  • Sanitation & Hygiene Practice
  • Halal Quality and Certification Procedure
  • Principle of Management
  • Program Latihan Praktis/ Mukhayyam

Semester 4

  • Introduction to Halal Ingredients in Food Processing
  • Halal Slaughtering
  • Fiqh Muamalat
  • Islamic Organizational Behavior
  • Islamic Financial System
  • Asas Keusahawanan

Semester 5

  • Unit Operations in Processing Halal Food
  • Halal Services Industry
  • Halal Comestic & Pharmaceuticals
  • Halal Internal Auditing
  • Ekonomi Islam
  • Halal Marketing

Semester 6

  • Latihan Industri