Permohonan Program Diploma Kolej UNITI Kampus Kota Bharu Sesi 2024 Kini Dibuka!

LOGO UNITI 500X500

Kolej UNITI Kota Bharu

VIDEO KORPORAT KOLEJ UNITI KOTA BHARU

Jom kita lihat sedikit info  & suasana Kolej UNITI Kota Bahru , Kelantan .

Latar Belakang

Kolej UNITI Kota Bharu

Kolej UNITI Kota Bharu telah ditubuhkan pada 1998, pada awal penubuhan kolej,  ianya dikenali sebagai Kolej Jaiputra. Pada tahun 2016 kolej ini dijenamakan semula dinamakan Kolej UNITI Kota Bharu.

Kolej UNITI ini mendapat kelulusan penuh Jabatan Pendidikan Tinggi , Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej UNITI Kota Bharu dibangunkan diatas tapak tanah seluas 6 hektar & menempatkan kemudahan seperti asrama, bilik kuliah, makmal & cafeteria.

Sehingga hari ini Kolej UNITI Kota Bharu telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Kolej UNITI Kota Bharu menjadikan program keusahawanan sebagai teras kolej. Antara program keusahawanan yang dijalankan ialah program pertanian fertigasi, arterra, imam muda & banyak lagi.

Perlaksanaan program ini dijalankan sebagai memenuhi keperluan dan perkembangan dunia semasa pada hari ini selaras dengan revolusi industri 4.0.

4 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Kolej UNITI!

Yuran Daftar Rendah & Insentif Khas Kategori B40

Yuran pendaftaran hanya RM 250 bagi setiap pelajar yang layak mengikuti program yang ditawarkan.

Bagi pelajar dari kategori B40 yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah – STR (sebelum ini dikenali sebagai BRIM/BSH). Pelajar layak menerima Insentif Khas sehingga RM 4450  (*Mengikut Terma & Syarat)

Diiktiraf

Kolej UNITI telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan telah melahirkan lebih 4000 Alumni sepanjang penubuhan.

Kolej UNITI sudah semestinya mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) & Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jaminan Penginapan

Kemudahan penginapan asrama disediakan sepenuhnya kepada semua pelajar sehingga tamat pengajian.

Mulai 2021, bagi pelajar yang tinggal dalam radius 30 kilometer dari  kampus Kolej UNITI Kota Bharu, anda dibenarkan untuk tinggal di rumah keluarga anda semasa anda menjalani Diploma.

Kolej Keusahawanan

Kolej Uniti juga menggalakkan pelajar mengikuti Program Keusahawanan sebagai program sampingan bagi membantu pelajar semasa dalam tempoh pengajian dimana pelajar akan menimba ilmu & kemahiran tambahan. Pelajar juga akan ditauliahkan sijil & menerima elaun bulanan minima RM 100 bagi yang mengikuti program ini.

Setelah menjadi graduan diploma, anda akan memiliki sijil kemahiran keusahawanan sekaligus memberi peluang yang lebih cerah pada graduan untuk mendapat pekerjaan disektor awam atau swasta malah berpotensi untuk menjadi usahawan sepenuh masa nanti.

APA KATA MEREKA YANG SEDANG MENUNTUT DI KOLEJ UNITI?

Baca huraian dan dengar video perkongsian pengalaman mereka yang sedang belajar di Kolej UNITI, Kota Bharu.

"Bercita-cita untuk jadi pendidik dan pengusaha taska"

Farah Aina, berasal dari kelantan, dan merupakan pelajar semester 5 pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak. memilih Kolej UNITI Kota Bharu kerana yakin pasti kolej uniti adalah yang terbaik bagi dirinya.

“Saya katakan yg terbaik kerana, jumlah pelajar di kolej ini memanglah tidaklah terlalu ramai, tapi disebabkan itulah saya dapat dibimbing secara lebih dekat oleh tenaga pengajar dan ini membuatkan saya lebih fokus semasa belajar.”

Sebelum mengambil bidang ini beliau tidak tahu apa2 langsung tentang dunia pendidikan. tetapi kini beliau lebih memahami bidang pendidikan kanak-kanak dan bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik dan pengusaha tadika.

"Ciri-ciri keselamatan untuk pelajar di Kolej UNITI terjamin"

Alia Farhana merupakan bekas pelajar Sekolah Maahad Amir Indra Petra dan tinggal di Bachok. Kini beliau merupakan pelajar semester 1 diploma Pengajian Islam. Beliau memilih bidang ini kerana sebelum ini pun sudah mula belajar bidang agama islam di sekolah maahad jadi untuk meneruskan keperingkat diploma adalah sealiran dan lebih mudah kerana sudah mempunyai asas- asas tertentu.

Antara sebab lain beliau belajar di kolej UNITI kerana ciri-ciri keselamatan disini terjamin dan juga mempunyai kemudahan asrama sehingga tamat pembelajaran (3 tahun).

"Ingin jadi usahawan butik pengantin yang berjaya suatu hari nanti"

Najiah merupakan pelajar semester 1 Diploma Pengurusan Kolej UNITI kota Bahru. Berasal dari besut terengganu. mula mendaftar pada Julai 2020. Mengambil bidang diploma pengurusan ini kerana bercita-cita ingin membuka perniagaan “BUTIK PENGANTIN” selepas tamat pengajian nanti.

Beliau berhasrat untuk menjadi usahawan berjaya dan membalas budi kedua Ibubapanya apabila berjaya suatu hari nanti.

"Satu-satunya kolej di Kota Bharu yang tawarkan Diploma Pengurusan Industri Halal"

Arif Safwan, Berasal dari Kuala Krai kelantan. Penutut Program Diploma Pengurusan Industri Halal semester 5. Merupakan Exco Sukan & Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej UNITI Kota Bharu.

Antara sebab beliau pilih Kolej UNITI Kota Bharu adalah kerana ia satu-satunya kolej yg menawarkan program pengurusan halal di kota bharu & juga jarak antara rumah dan kolej hanya kira-kira 1 jam perjalanan.

Beliau berpendapat bidang pengurusan industri halal ini mempunyai banyak potensi dan peluang di masa hadapan baik disektor pekerjaan atau peniagaan.

Selain itu beliau berpandangan lokasi kolej ini sangat strategik iaitu di area Pantai Cahaya Bulan dan dari Kolej UNITI ke bandar kota Bharu hanya mengambil masa 15 minit sahaja. lokasi yang sesuai untuk aktiviti santai, riadah dan mudah untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan sebagainya.

Sebagai Ahli Mahjlis Perwakilan pelajar , exco sukan & kebudayaan. beliau aktif menjalankan pelbagai program sukan di kolej UNITI seperti bola sepak, takraw, pig pong, memanah & lain2 lagi.

"Pengalaman belajar program psikologi meningkatkan kemahiran berinteraksi & berkomunikasi dengan lebih baik"

Alya Syuhada berasal dari Pasir Putih, Kelantan. Pelajar semester 5, Diploma Psikologi.

Beliau berpandangan program diploma psikologi yang beliau jalani selama 2 tahun disini banyak meningkatkan kemahiran terutama dari segi komunikasi. Contohnya beliau mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan kolej peringkat junior, pelajar senior, tenaga2 pengajar & pihak pengurusan. beliau juga menjawat pelbagai jawatan semasa dikolej. kini beliau merupakan timbalan yang dipertuan majlis perwakilan pelajar Kolej UNITI Kota Bharu.

Beliau yakin dengan pengalaman beliau belajar diploma psikologi di Kolej UNITI nanti akan memudahkan beliau berkomunikasi  dan berinteraksi dengan sesiapa sahaja bila berada di alam pekerjaan nanti.

Senarai Program

Soalan Lazim

Kolej Uniti Kota Bharu terletak 10km daripada Bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Alamat Kolej Uniti Kota Bharu, Kampus Kijang Lot 1911 Jln PCB 15350 Kota Bharu Kelantan.
Tel : 09-7747449 / 09-7747450 / 09-7745451 Fax 09-7743006

6 program yang ditawarkan ialah

  • Diploma Pengurusan
  • Diploma Pengajian Islam
  • Diploma Psikologi
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Diploma Pengurusan Industri Halal
  • Diploma Pengurusan Muamalat

Syarat kemasukan ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurang tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

  • 2 1/2 tahun bagi program Diploma Pengurusan , Diploma Pengajian Islam , Diploma Psikologi.
  • 3 Tahun bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak , Diploma Pengurusan Industri Halal , Diploma Pengurusan Muamalat.

Ya. Kolej Uniti Kota Bharu mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) , Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta mendapat pengiktirafan IPTA tempatan.

  • Yuran pengajian yang kompetatif dengan Pakej pembayaran Fleksibel.
  • Pakej tajaan/Pinjaman Daripada PTPTN dan Yayasan Negeri-negeri.
  • Diluluskan untuk pengeluaran KWSP (Akaun 2)
  • Pinjaman daripada Bank-bank terpilih

*tertakluk kepada syarat & kelulusan

  • Kolej dengan Fasiliti Kampus & Asrama Sepanjang Pengajian
  • Kemudahan pembelajaran dan pengajaran dengan suasana yang kondusif
  • Tenaga pengajar berpengalaman dan komited

“Jika kita ingin melihat masa depan kita, ciptalah masa depan itu hari ini.”

Jika anda lepasan SPM dan mempunyai minima 3 Kepujian, anda sudah pun layak untuk memohon program diploma di Kolej UNITI Kota Bahru.

Setelah memohon anda akan dihubungi melalui panggilan telefon / whatsapp oleh Pegawai Perunding Akademik kami untuk keputusan permohonan dan penerangan lanjut pendaftaran.

Jadi pada yang berminat untuk memohon dan ingin tahu info lanjut boleh klik pada butang dibawah: