Diploma Pendidikan Awal Kanak - Kanak

MQA/FA1793 | KPT (R/143/4/0033) 05/202

Pengenalan

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain.

Pembelajaran secara teori dan praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar dalam industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dibangunkan sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.

Syarat Kemasukan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang – kurangnya 3 Kepujian dalam mana-mana subjek

Tempoh Pengajian

3 tahun termasuk latihan Industri

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia

Peluang Pekerjaan

Bidang kerjaya merangkumi sektor Pendidikan/Asuhan, Keusahawanan (Taska),
Pengurusan Pendidikan, Psikologi Kanak-kanak, Jurulatih Pusat jagaan kanak2, Usahawan
barangan tadika/taska, Pembekal bahan bantu mengajar dan lain-lain. 

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Graduan boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas atau Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-kanak dengan Keluarga.

Struktur Program

Semester 1

  • Guru & Alam Pendidikan
  • Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Foundation English Skills
  • Tumbesaran & perkembangan awal kanak-kanak
  • Pengajian Malaysia
  • Kemahiran Quran 1
  • Ko-k (bakat)

Semester 2

  • Matematik awal kanak-kanak
  • English for young learner
  • Sains untuk kanak-kanak
  • Aktiviti pengajaran sosio emosi untuk kanak-kanak
  • Pendekatan & teknik pengajaran & pembelajaran
  • Asas keusahawanan/ Kemahiran Komputer / Bahasa Kebangsaan
  • Pengajian Malaysia
  • Kemahiran Quran 1
  • Ko-k (bakat)

Semester 3  

  • Aktiviti fizikal peringkat Awal Kanak-Kanak
  • Perancangan Aktiviti Kerohanian & Moral
  • Perancangan Aktiviti Perkembangan Bahasa & Komunikasi
  • Pengajian Islam
  • Bahasa Arab 1
  • Ko-k (sukan)
  • Kemahiran Quran 2

Semester 4

  • Seni & Muzik Awal Kanak-kanak
  • Keselamatan, kesihatan & nutrisi utk Kanak-kanak
  • Teknologi untuk kanak2
  • Perancangan Persekitaran Pusat
    Kanak-kanak
  • Ibubapa,sekolah & komuniti
  • Bahasa Arab 2

Semester 5

  • Perancangan & pembangunan kurikulum pendidikan
    awal kanak-kanak
  • Pengesanan perkembangan kanak-kanak
  • Pengurusan Keusahawanan Pusat Pendidikan kanak-kanak
  • Kanak-kanak & keperluan khas
  • Pengurusan tingkahlaku kanak-kanak
  • MPU 4

Semester 6

  • Latihan Praktikum