Diploma Pengurusan Industri Halal memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal di industri yang berbeza di Malaysia terutama operasi perkhidmatan makanan dan pengurusan serta penyediaan perkhidmatan terbaik kepada tetamu.
Ia adalah disiplin pengajian yang memerlukan graduan untuk dapat menunjukkan pengetahuan, pemahaman dan kebolehan dalam menyediakan perkhidmatan halal yang cemerlang serta memastikan amalan halal dilaksanakan dalam keseluruhan gambaran industri halal di Malaysia. Pelajar akan dipersiapkan dengan asas yang kukuh Eksekutif Halal dalam pelbagai bidang di industri Halal.
Syarat Kemasukan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang – kurangnya 3 Kepujian dalam mana-mana subjek dan Lulus Matematik & Bahasa Arab
Tempoh Pengajian
3 tahun termasuk latihan Industri
Bahasa Pengantar
Bahasa Malaysia & Bahasa Arab
Peluang Pekerjaan
Graduan boleh memilih kerjaya sebagai Pegawai Audit Halal, Eksekutif Halal, Usahawan Produk, Inspektor Kawalan Kualiti, Pegawai Penguatkuasa Halal, Pengurus Restoran & Dapur Hotel, Pengurus Peruncitan Makanan, Pengurus Rumah Penyembelihan, Pemeriksa Halal, Penyelia Penyembelihan ,Pengurus Jaminan Kualiti dan Pengurus Pembungkusan atau bidang sektor makanan, farmaseutikal, kosmetik, logistik dan pendidikan.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Graduan boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Halal, Perkhidmatan Makanan, Pengurusan Perlancongan, Syariah, Pengajian Islam (Syariah), Pengurusan Teknologi, Pengurusan Teknologi – Pengeluaran dan Operasi.
Struktur Program
Semester 1
Tasawur Islam
Penghantar Halal & Haram Dalam Islam
Ko-kurikulum (Tilawah Al-Quran)
Bahasa Arab Perdagangan 1
Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
Business Communication 1
Semester 2
Usul Fiqh
Bahasa Arab Perdagangan 2
Fundamental of Halal Industry
Halal Law & Regulations
Pengajian Islam
Fiqh Al-Tathir
Pengajian Malaysia
Semester 3
Qawaid Fiqhiyyah
Business Communication 2
Sanitation & Hygiene Practice
Halal Quality and Certification Procedure
Principle of Management
Program Latihan Praktis/ Mukhayyam
Semester 4
Introduction to Halal Ingredients in Food Processing