Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain.
Pembelajaran secara teori dan praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar dalam industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dibangunkan sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.
Syarat Kemasukan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang – kurangnya 3 Kepujian dalam mana-mana subjek
Tempoh Pengajian
3 tahun termasuk latihan Industri
Bahasa Pengantar
Bahasa Malaysia
Peluang Pekerjaan
Bidang kerjaya merangkumi sektor Pendidikan/Asuhan, Keusahawanan (Taska), Pengurusan Pendidikan, Psikologi Kanak-kanak, Jurulatih Pusat jagaan kanak2, Usahawan barangan tadika/taska, Pembekal bahan bantu mengajar dan lain-lain.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Graduan boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas atau Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-kanak dengan Keluarga.
Struktur Program
Semester 1
Guru & Alam Pendidikan
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak
Foundation English Skills
Tumbesaran & perkembangan awal kanak-kanak
Pengajian Malaysia
Kemahiran Quran 1
Ko-k (bakat)
Semester 2
Matematik awal kanak-kanak
English for young learner
Sains untuk kanak-kanak
Aktiviti pengajaran sosio emosi untuk kanak-kanak
Pendekatan & teknik pengajaran & pembelajaran
Asas keusahawanan/ Kemahiran Komputer / Bahasa Kebangsaan
Pengajian Malaysia
Kemahiran Quran 1
Ko-k (bakat)
Semester 3
Aktiviti fizikal peringkat Awal Kanak-Kanak
Perancangan Aktiviti Kerohanian & Moral
Perancangan Aktiviti Perkembangan Bahasa & Komunikasi
Pengajian Islam
Bahasa Arab 1
Ko-k (sukan)
Kemahiran Quran 2
Semester 4
Seni & Muzik Awal Kanak-kanak
Keselamatan, kesihatan & nutrisi utk Kanak-kanak
Teknologi untuk kanak2
Perancangan Persekitaran Pusat Kanak-kanak
Ibubapa,sekolah & komuniti
Bahasa Arab 2
Semester 5
Perancangan & pembangunan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak
Pengesanan perkembangan kanak-kanak
Pengurusan Keusahawanan Pusat Pendidikan kanak-kanak