Pertumbuhan industri Kewangan Islam semakin berkembang dengan pesat, dan ini memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini. Diploma Pengurusan Muamalat memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, dengan tumpuan kepada asas-asas Kewangan Islam. Pelajar juga boleh memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai pelaksanaan secara praktik prinsip kewangan Islam di dunia realiti. Apabila program selesai, pelajar akan memiliki kemahiran industri yang sedia ada dan pengetahuan akademik yang akan memberi mereka kelebihan untuk berjaya dalam industri Kewangan Islam.
Syarat Kemasukan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang – kurangnya 3 kepujian termasuk mata pelajaran Matematik
Tempoh Pengajian
3 tahun termasuk latihan Industri
Bahasa Pengantar
Bahasa Malaysia
Peluang Pekerjaan
Bidang kerjaya merangkumi sektor Perbankan, Ekonomi / Kewangan, Pengurusan Harta Islam (zakat, faraid, wakaf, takaful), Insurance, Pen. Eksekutif Pentadbiran, Pembantu Pegawai Bank, ar-Rahnu, institusi zakat, usahawan dan lain-lain.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Universiti Utara Malaysia (UUM), Bachelor of Muamalat Administration with Honours, Bachelor of Islamic Finance and Banking with Honours – UNIZA, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) – USIM, Bachelor of Muamalat Administration with Honours, Bachelor of Islamic Banking & Finance with Honours – Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam).